salam... selamat tengah hari... da makan? belom, ish2x.... aper diet??? hehehehe ini pun menu diet juga... :p. melalut kejap. ni mkn malam kami malam td. resepi amek dari che ah mat gebu. saya mintak izin c/p jer yer...
BAHAN-BAHAN SUP AYAM :-)
800 g ayam, potong sederhana besar
4 biji kentang
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub ayam "Maggi"
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, dikerat 4
2 camca besar bawang goreng
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
1 1/2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
3 hirisan nipis kunyit hidup*
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Minyak untuk menumis
BAHAN LAIN :-)
Kue teow secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekor
Sambal kicap
Tauhu, digoreng dan hiris (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan lengkuas titik hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan ayam dan kentang (toskan dulu), gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, masukkan kuib ayam, daun sup dan bawang goreng. Kacau dan biar mendidih. Kecilkan api dan biar merenih sehingga kentang empuk.
- Tambah garam secukup rasa dan jika suka boleh rejis sedikit serbuk perasa (mat tak guna..). Rasa dan jika ok, boleh hidangkan bersama kue teow dan tabur kan dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu dan juga cili kicap...hidangkan selagi hangat....enjoyy!!!!
No comments:
Post a Comment