para pembaca, terima kasih....

Thursday, January 14, 2010

mentega vs marjerin

salam....

saya kongsikan satu artikel yg saya baca dari rnet

thanx to Juraiza aka Nomie dari http://www.keklapis.com/



Apakah itu Mentega?
Mentega diperbuat dari Lemak Susu dari lembu, Air & Garam (ada juga yang tidak bergaram). Masih kabur? Okay sekadar menyebut beberapa jenama seprti Golden Churn, SCS, Fern dan sebagainya. Ingat tak? Okay, Mentega juga dipanggil Pure Butter ataupun Pure Creamery Butter. Kita lihat kandungan Mentega dengan membuat rujukan kepada Anchor Pure New Zealand Butter mengandungi Cream, Water and Salt dan keseluruhannya tidak ada campuran minyak kelapa sawit didalamnya. Harga pasaran bagi produk mentega ini berbagai dan bermula dari harga RM4.90 bagi satu ketul mentega yang mempunya berat 250gram dan boleh menjangkau RM11.00 bagi 200gram bagi satu-satu jenama seperti President dan sebagainya.

Apakah itu Marjerin?
Marjerin diperbuat dari Minyak Kelapa Sawit dan kemudian diperkayakan dengan rasa mengikut jenama yang berada di pasaran. Antara jenama yang terkenal di Malaysia ialah Planta, Daisy dan banyak lagi. Harganya bermula dari RM4.50 bagi 1kg sehinggalah RM8.00 bagi 1kg.

Apakah itu Lepa Susu?
Okay, melihat perbezaan harga yang ketara antara Mentega & Marjerin, maka untuk memberi pilihan kepada pengguna maka Lepa Susu dibuat. Brand Lepa Susu yang berada di Malaysia ialah Buttercup, Buttermaid, Farmcows dan sebagainya. Anda hanya perlu melihat kandungan dibelakang bungkusan lepa susu tersebut untuk mengesahkan ia adalah Lepa Susu.Okay, mari kita tengok apa yang tertulis pada belakang tin Lepa Susu jenama Buttercup - Minyak Kelapa Sawit, Minyak Isirong Kelapa Sawit, Garam, Lesitin Soya,Lemak Susu Tulen dll. Harga lepa susu lebih murah dari mentega tetapi lebih mahal dari Marjerin.

Bagi pengusaha bakeri, faktor penggunaan bahan ini merupakan kos yang paling tinggi sekali dalam pembuatan kek. Justeru itu, tidak hairanlah jika terdapat pengusaha bakeri yang menukarkan bahan ini kepada bahan yang lebih murah untuk menjimatkan kos pembuatan dalam bakerinya. Oleh itu, tidak hairan juga, tidak terdapat pengusaha yang tidak dapat mengurangkan harga hasil bakeri mereka kerana kos-kos pembuatan yang tinggi disebabkan kandungan bahan yang mahal ini.Para peminat hasil bakeri semestinya mengetahui akan perbezaan rasa hasil bakeri yang menggunakan pure butter, lepa susu ataupun marjerin. Selalunya hasil bakeri yang diperbuat dari marjerin atau lepa susu tidak mempunyai rasa yang begitu mendalam seperti mentega dan ia juga memberi struktur kek yang berlainan dari segi kelembapan dan kepadatan.. Bagaimanapun, ia terpulang kepada kegemaran individu itu sendiri


Okay, itu sahaja buat hari ini ya. Sehingga ketemu lagi ya.

No comments: