para pembaca, terima kasih....

Friday, May 21, 2010

informasi tentang panduan membuat kek

salam... ni saya kongsikan panduan utk mendapatkan kek yg perfect... ecewah. betul...x tipu tau. saya copy n paste dari forum Rnet...

1. Baca resepi dengan teliti umtuk mendapatkan maklumat tentang cara memasak samada membakar atau mengukus, juga untuk mengetahui kaedah yg digunakan

2. Sediakan barang-barang yang diperlukan samada bahan-bahan atau peralatan. Susunkan diatas meja.

3. Beli tepung kek ataupun tepung rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan "berpasir".

4. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA. Telur hendaklah berada pada suhu bilik.

5. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis resipi kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.

6. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.

7. Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah dipukul.

8. Timbang bahan-bahan mengikut resipi. Jangan terlebih atau terkurang. Dapatkan bahan-bahan yang segar dan masih belum tamat tempoh.

9. Peralatan seperti pengadun(mixer), mangkuk adunan, pengaut, senduk dan lain-lain hendaklah dalam keadaan yang bersih.

10. Sediakan tin pembakar yang bersesuaian saiz seperti dinyatakan dalam resipi. Griskan dan lapik dengan kertas serap minyak. Tin untuk membuat kek span dan kek sifon tidak perlu digriskan.

11. Ketuhar (oven) hendaklah dibersihkan dari habuk atau tumpahan minyak. Panaskan ia ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek.

12. Untuk membakar kek jenis ringan saperti kek span dan kek chiffon, gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celsius dan masa membakar antara 20 hingga 30 minit. Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek. Jika teksturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan acuan kek diatas redai kuih tanpa mengeluarkan kek sehingga ia sejuk. Ini untuk mencegah kek mendap. Selepas 10 minit, pusingkan kek kedudukan asal dan keluarkan kek dengan mengikis sisinya dengan pisau

13. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celsius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah Celsius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit. Untuk memastikan kek itu masak, cucuk dengan lidi dibahagian tengah kek dan lidi itu harus kelihatan licin apabila ditarik keluar. Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit lagi.

14. Setelah memasukkan kek ke dalam ketuhar, setkan masa yang diperlukan untuk membakar. Jika kek mentega masa selalunya 1 jam, kek buah mengambil masa 1 1/2 jam dan kek span 45 minit sahaja.

15. Tanda mudah kek telah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar.

16. Untuk membuat kek lapis, perlukan api atas dan bawah (grill). Gunakan ketuhar yang bersesuaian. Masa membakar juga singkat iaitu 7 -10 minit bergantung kepada jenis ketuhar.

17. Jangan buka pintu ketuhar 30 minit pertama kerana kek belum set. Haba yang keluar akan menyebabkan kek bantat. Selepas 45 minit anda boleh buka untuk menukar kedudukan kek.
18. Jangan masukkan terlalu banyak kek dalam satu ketuhar. Ini akan menyebabkan kekurangan haba dan kek akan jadi bantat.

19. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tinnya selama 30 minit sebelum dikeluarkan.

20. Kek boleh dihidangkan apabila sejuk. Untuk menyimpannya, balutkan dengan kertas aluminium atau pembalut plastik. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek biasa tahan satu minggu sementara kek lapis pula tahan 1 bulan.

Thursday, May 20, 2010

kring... kring...ais krim goreng...

letak aiskrim atas roti yg telah dilembabkan
tekan dengan acuan telur kuat2
jeng..jeng.. da jadi bulat
balut ngan plastik n simpan dalam freezer satu malam
goreng dengan minyak yg panas
da siap goreng...
tuang susu cair ideal
kena potong.. potong... potong...
ais krim kat dalam still sejuk
apa lagi mamam la...

assalamualaikum... salam sejahtera. disini ingin saya kongsikan resepi yg saya copy dari ida merpati. terima kasih kak sudi kongsikan resepi yg marbeles nih... so, apa lagi kengkawan mari kite cuba buat utk santapan minum petang bersama keluarga... pasti cik abang bertambah sayang... :p

caranya :
1. skop aiskrim letak atas sekeping roti
2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskrim tadi
3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat
4. masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti ais bahagian atas semalaman or 3 jam
5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...
6.minyak kena betul2 panas - baru gorengkan roti tadi
7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah
8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak

Tuesday, May 18, 2010

selamat hari guru...

assalamualaikum... oder dari puteri sulung ku afiqah maisarah...
saje buat utk cikgu2 kat taska sungai pinang, klang tempoh hari...
tema ni da lama mmg saya teringin nak buat.... simple n sweet jer
ops kabur plak....
semoga semua anak2 dan tenaga kerja di taska sungai pinang, klang gembira dan sentiasa mendapat keberkatan ari ALLAH. amin...

selamat hari guru... fasa 2

assalamualaikum... ini plak utk dijadikan hadiah@ buah tangan buat guru memasing...
sambil2 tu mengasah bakat menconteng cupcake...
ader rainbow
nama2 guru...
antara sebahagian koleksi utk sambuatan hari guru kali ini....

order 15 may 2010

assalamualaikum.... ops, mr bugs n ms bee enterprem plak...
vrooom... vrommmm.... ni formular 1 nih..
ohooooo besday cake rupanyer. oder dari kak sue utk sambutan besday berganda
utk anak perempuan n hubby tercinta....
saiz 8 inci, marble siffon cake. gandingan vanilla n pandan... filling wit buttercream. deco wit buttercream n fondant. terima kasih keran sudi oder dari kami

order 15 may 2010 fasa 2

assalamualaikum... oder dari sahabat online, norli.
pandan layer cake wit freshcream... saiz 9 inci
tp, perasan x tersalah eja... ampun norli masa upload baru perasan salah eja. anyway thanx kerana sudi oder dari kami... selamat hari ibu...

brownies super duo

assalamualaikum... hehehehe... try resepi yg da tersimpan lama dalam fail tunggu utk di CSI kan
buat versi duo topping... sebelah kiri blueberri cheese n sebelah kanan tu marble cheese
hah.. tunggu aper lagi meh la try...

order 14 may 2010

assalamualaikum.. oder dari azwa misc. fruiti tutti cake saiz 7 inci topping wit stoberi meri

azwa nak simple deco sajer utk mkn2 ngan famili sempena hari ibu... untung bonda azwa...
terima kasih azwa sudi oder dari kami...

Thursday, May 13, 2010

order 13 may 2010

assalamualaikum... oder dari suraya misc utk besday bonda nyer yg ke 52
suraya oder mega fruiti tutti cake saiz 8 inci filling wit fruit cocktail, topping wit bluberri n fresh stoberi meri... terima kasih sue, moga berpuas ati ngan kek ni. buat bonda, moga sentiasa dirahmati ALLAH. amin...

Friday, May 7, 2010

order 7 may 2010 fasa 4

assalamualaikum... oder dari opis misc utk sambutan bsday beramai2 di opis... super fruiti tutti cake saiz 12 inci. filling wit fruit coktail, topping it stoberi filling n fresh stoberi meri. mmg xtra vaganza.... setakat ni la kek juara (paling besar... besar punyer...)

terima kasih kerana sudi oder dari kami... kepada zul, suraya, akmal, shima, haniza, big boss, fir, ct.j, shahrom n nani.... happy besday guys... moga sentiasa dirahmati ALLAH amin...

order 7 may 2010 fasa 3

assalamualaikum.... 1st oder utk mothers day yg akan disambut pd ari ahad ni. oder dari adek meri utk mama tersayang....
meri oder super moist chocolate cake deco wit white chocolate..... luv shape saiz 7 inci... buat semua ibu di luar sana selamat ari ibu....

order 7 may 2010 fasa 2

assalamualaikum... ni plak oder dari kak gee...
kak gee oder super moist chocolate cake topping wit coklat ganache, saiz 7 inci... terima kasih kak...

order 7 may 2010 fasa 1

assalamualaikum... oder dari atirah nzw. 6 pcs chocolate cupcake frosting wit fresh cream n fresh stoberi meri
ngeh...ngeh... adik sorang ni mmg gemar sangat ngan stoberi, org kata buah stoberi ni buah cinta betul ka??? heheheheh.... cinta akak bukan cinta stoberi...

Wednesday, May 5, 2010

chocolate moist cake zaiima recipe

assalamualaikum... salam pagi, malam td saya mencuba resepi baru... dapat dari seorg teman yg juga aktif berniaga kek suatu masa dulu. kini chef sedang melanjutkan pengajian keperingkat yg lebih tinggi jd bidang mengkek terpaksa dilepaskan buat masa ini. terima kasih kerana sudi mengongsikan resepi kek kak zaiima yg pemes ni....

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA
Sumber: NoorMasri

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair
lagi sedap) -
½ cawan susu manis


Bahan B:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

Bahan C:
3 biji telur -

Cara menyediakannya:
Masukkan A ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

Ayak B, ketepikan.

Pukul telur hingga kembang dan dicampur dengan
campuran koko (A) tadi. Gaul
rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam 1/2 acuan je). Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan.

Sunday, May 2, 2010

order 2 may 2010

assalamualaikaum.. oder dari kat siti raudzah misc. kak siti oder fruiti tutti cake saiz 8 inch
super duper fruiti tutti itu yg bole saya katakan... filling wit fruit cocktail, topping wit stoberi filling n fresh stoberi meri.... mmg penuh ngan buah2-an kali ni... terima kasih kak siti coz x jemu2 oder kek dari kami...

Saturday, May 1, 2010

order 1 may 2010 fasa 2

assalamualaikum... super power ben-10!!! cewah, kak lin oder sempena besday boy naqib yg-4
ingat lagi org lain cuti 1 mei sempena labour day, kak lin plak cuti coz masuk labour room...
hehehehe... sesajer melalut... kak lin oder cheese cake saiz 8 inci wit blueberry topping n fresh stoberi meri x lupa image ben-10 dari cartoon artwork... terima kasih kak lin. buat naqib moga jadi anak yg soleh.. amin.