para pembaca, terima kasih....

Wednesday, April 28, 2010

panduan biz internet - eksekutif suri

Assalamualaikum
saya kongsi kan bersama panduan yg saya fikir elok di kongsi kan...
saya copy dari satu forum masakan yg mempunyai ramai rakan2 biz n senior dalam bidang ini
thanx to kak elly kerana sudi kongsikan panduan ni buat panduan bersama...


Sebenarnya biz internet tak susah bagai disangka..tapi tk juga senang. K'Elly share beberapa tips berdasarkan pengalaman sendiri:

1. Keperluan utk mulakan biz online
  • perlu ada produk/khidmat
  • kedai online (blog pun boleh..)
  • blog/website biar teratur & menarik
  • maklumat produk lengkap
  • maklumat penjual-no tel & email penting
  • medium pembayaran: cth Maybank2u.com, CIMBClicks

2.. Produk
  • apa2 pun boleh jual..terpulang pada keupayaan diri & keterbatasn kudrat & masa-tanya diri sendiri
  • produk terbaik-yg boleh selesaikan masalah orang
  • cari idea di sekeliling kita-apa yg boleh dijual, mungkin hobi boleh dijadikan biz

3. Pemasaran/Promosi
  • pemasaran/promosi berterusan
  • join laman sosial & forum yang sesuai
  • cari kawan, jgn cari lawan
  • bina kredibiliti diri agar orang suka, hormat dan yakin
  • keperibadian diri lebih penting drp produk
  • klu produk baik, tapi kita tak pandai bawa diri & suka cari pasal/gaduh/ tipu etc tak ada orang akan sokong anda!!
  • jangan terlalu tonjolkan kita nak berjual..nanti orangmenyampah
  • promote secara santai, tajuk email penting- biar catchy
  • jangan menjual je memanjang, sesekali share artikel etc
  • perlu ada email, YM/Skype atau apa2 medium utk sembang/pertanyaan
  • layan customer sebaik2nya, tapi klu banyak songeh lepaskan cara baik- lebih baik kita tak berjual pada customer yg cerewet kerana akan timbul masalah2 lain pula
  • jangan tamak..& sesekali buatlah amal kebajikan untuk mencari keberkatan
  • sentiasa ingat rezeki di tangan ALLAH..kita usaha & berdoa..

4. Pengurusan masa
  • klu work from home-ikut suka masa yg sesuai
  • bangun awal pagi, siap anak sekolah, breaksfast depan PC
  • buat kerja-cek email, ambil pesanan etc sebelum anak bangun(klu ada anak kecil kt rumah).
  • sambil lipat kain pun boleh baca email, paling sesuai bilik pejabat di rumah biar tepi dapur..ha..ha. .awas, jgn sampai hangus..masak sambil balas email pun boleh
  • klu part time-jangan curi masa kerja nanti tak berkat
  • masa lunch @ datang pagi2 sebelum waktu pejabat-cek blog/kedai online
  • catat dlm satu buku pesanan-maklumat pesanan, nama& alamat customer etc
  • balas email, update blog masa lunch/awal pagi
  • klu ada masa sambung balas email & ambil pesanan waktu malam
  • tetapkan hari untuk bungkus-membungkus & ke pej pos
  • kumpulkan 3-4 pesanan baru bungkus, tapi seeloknya jangan biar customer tunggu lama-bungkus waktu malam, lepas settle kerja sekolah anak (penting tuu..)
  • pos-tetapkan hari apa ke pej pos. Atau ada masa2 tertentu yang kita boleh keluar pejabat & singgah pej pos
  • untuk produk yg ringan & kecil-boleh guna sampul surat/kotak pos ekspress
  • beli banyak2 terus kotak/sampul surat pos ekspress-boleh dipos bila2 masa, letak sahaja di dalam tong pos ekspress di tepi pejabat pos
  • untuk pos berdaftar, pos laju, parcel ambil banyak2 terus borang untuk diisi di rumah
  • barang yang berat boleh guna pos laju@parcel Pos Malaysia, courier KTM Distributor pun ok, agak murah.
  • Jangan lupa ambil tracking number untuk senang kita trace status barang yang dipos
Ok..setakat itu dulu tips & pengalaman K'Elly yang pernah buat part time dan sekarang dah full time biz internet..work from home gitu..sebab tu nama Eksekutif Suri..Eksekutif di rumah..

No comments: