para pembaca, terima kasih....
Showing posts with label butter cake. Show all posts
Showing posts with label butter cake. Show all posts
Saturday, March 13, 2010
Monday, March 8, 2010
order 5 mac 2010
terima kasih kak lin, happy birthday ABI, we luv u!!!!
Labels:
besday cake,
blueberry cheese cake,
butter cake
Wednesday, January 13, 2010
order 13 jan 2010-sarah
ha... yg ni di oder oleh anak perempuan saya sendri...
'umi, kakak nak jugak kek mcm kawan kakak punyer'
dialog sarah merujuk pada kapkek haikal
dah terkantoi dgn sarah masa bakar kapkek haikal
bukan aper umi gak yg salah...
galak sgt membelek gambar spiderman...sib baik umi beli gambar extra
untuk sarah, saya buatkan strawberry cupcake with blueberry jam filling n buttercream topping jer....
sarah bawak g taska makan ngan kawan dier
kalu kat uma alamat nyer x laku laaaa...
Monday, January 4, 2010
majlis perkahwinan mohammad azrin-03 jan 2010 fasa 2
salam..
ni plak gambar kapkek yg saya bikin sendirik
perisa stoberi, vanila dan coklat.
topping dgn coklat ganache jer
ramai yg menjeling2 nih...
hihhihihih
alhamdulillah, syukur laku kapkek akak
bukan je bebudak berkenan, makcik2, akak2 x lupa jugak abg2... (x ilang macho kalu makan coklat kapkek nih)
saya buat 200 pcs kapkek 3 perisa (coklat, vanila n stoberi)
coklat kapis 200 pcsmini fruit tart 150 pcsi
mini bluberi kapis 100 pcs
sambil2 try guna tray baru...
ada adek beradek bercakap napa x mintak tlg buat sesama..
bukan aper, sajer nak try buat sendri
nanti kalu nak amek big2 order akak da ader pengalaman....
kalu takat x kasi tgk resepi,
sumer resepi yg akak buat ader tempek kat sinih
bukan aper sajer nak kongsi sama
insyaallah....
majlis perkahwinan mohammad azrin-03 jan 2010 fasa 1
assalammualaikum
ha... ni nak cerita pasal majlis kawin anak buah belah cik hubby
diorg punyer tema gold n silver
masa memula dengar tema nih rasa terkejut...
jeng..jeng...
bukan aper dua2 warna nih kan metalik
x kelam ke nanti...
tp aper pun majlis da berjalan dangan lancar...
tahniah kerana berani mencuba warna millennium pada pembukak 2010 nih
layan ganbar yer
saya buat fruit tart, bluberi mini kapis ngan coklat mini kapis
ops!!! siap buat flyers lagik
jgan marah...
flyers dbuat sendri oleh cik hubby dan disponsor sebanyak 500 copy
thanx sayang....
Friday, December 25, 2009
order 25 dec 2009
salam...
semalam lepas dapat cuppies strawberi kak lin terus confirm order
besday kek untuk mak dier
kak lin order chocolate moist 8'
thanx akak order ngan saya
pada ari yg sama kak kamah order mini cuppies untuk mkn2 sendri ngan anak2 buahnyer
promote product baru chocolate ball
bg kak lin n kak kamah rasa
sudi2 kan la yer...
Tuesday, December 22, 2009
Tuesday, December 15, 2009
mari kenali kek anda - butter cake
Butter cake….
Butter cake adalah kek paling basic (asas) bagi semua jenis kek yang ada pada ari nih. Tapi apakah itu butter cake? Butter cake adalah pound cake. Mengapa ianyer dipanggil pound cake? Ianyer di panggil pound cake kerana kek tersebut menggunakan asas (percentage) bg sumer bahan2 nyer.
Bahan asas bg pound cake ialah:
a) Tepung
b) Gula
c) Mentega
d) Telur
Pertama kiter kena kenali jenis bahan asas tersebut. Bahan yg mana berasaskan kering dan yg mana basah.
Bahan2 yang basah ialah:
a) Mentega
b) Telur
Bahan yg kering pula ialah :
a) Tepung
b) Gula
Bg mengandaikan 250 grams sebagai kayu pengukur, kiter boleh mencipta pelbagai jenis pound cake ikut citarasa kiter. Sama ada kiter gemar kek yg basah atau yg kering. Kek yg tahan lama atau tidak semua yer terletak kepada kepandaian kiter mengolah bahan yg bersesuaian…
Baiklah….
Sekarang kiter sudah boleh mencipta satu resepi pound cake yg tersendiri…
1- Tepung
Terdapat 3 jenis tepung yang biasa digunakan dalam pembuatan kek
a) High protein
-tepung yg sesuai untuk membuat roti kerana kandungan protein yg tinggi
- tekstur yg lebih berat, sedikit gelap dan agak lembab
b) Low protein ( superfine)
-tepung yg sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek
-tekstur yg lebih ringan, sangat cerah dan lebih kering
c) Medium protein
-tepung yang sesuai untuk semua jenis kuih-muih, roti canai, kek, roti dan pelbagai jenis makanan yang lain. (tepung gandum biasa dipasaran)
-tekturnya sederhana dan tidak gelap
Untuk mendapatkan kek yang lembut, penggunaan tepung jenis superfine amat digalakkan. Tetapi tepung ini boleh digantikan dengan tepung gandum biasa (medium protein). Soda bikardonat dan serbuk penaik juga termasuk dalam bahagian tepung.
2- Gula
Kandungan gula yg banyak boleh mengakibatkan kek menjadi terlalu kering.
Tetapi kek yg mengandungi kandungan tinggi gula lebih tahan lama berbanding kek yg kurang kandugan gulanya.
Gula juga boleh digantikan dengan bahan2 lain seperti:
a) Corn syrup
b) Honey (madu)
c) Gula perang
3- Mentega
Mentega juga boleh digantikan dengan:
a) Marjerin
b) Mentega
c) Ovellete
- Fungsi ovellet adalah sebagai pengikat antara bahan telur, mentega dan tepung
- Untuk mensebatikan adunan kek
- Adunan cepat kembang
- Kek lebih lembut
- Kek lebih tahan lama
4- Telur
Terdapat pelbagai jenis dan saiz telur yg terdapat dipasaran
Sebiji telur jenis A mempunyai berat lebih kurang 60 gram
Manakala jenis B hanya 50 gram
Dan jenis C hanya 40 gram
Kiter digalakkan memecahkan atau gaul sebati telur (kuning telur + putih telur) terlebih dahulu.
Ini kerana bancuhan telur juga berfungsi sebagai emulsifier (mengimbangi kandungan minyak + air) dalam kek.
Kiter juga boleh mengantikan penggunaan telur dengan:
a) Susu
Kiter juga boleh mengantikan susu segar dengan susu cair atau susu penuh krim
b) Air
c) Kuning telur
d) Putih telur
e) Esen vanilla
Flour method vs sugar method
Apa itu flour method? Dan perbezaan dengan sugar method?
Flour method memerlukan kiter mengadunkan mentega, gula dan tepung sebelum memasukkan telur. Dan akhir sekali kiter masukkan susu sedikit demi sedikit.
Manakala sugar method pula membolehkan kiter mengadun mentega dan gula kemudian barulah masukkan telur, susu dan akhir sekali tepung berselang-seli dengan susu.
Kedua-dua cara ini akan menjadikan adunan kek yg sama lembut dan sedap. Cuma flour method tidak banyak digunakan kerana ramai lebih menggemari sugar method.
Yang penting pastikan adunan kek kiter tidak pecah minyak (kelihatan seperti adunan mentega dan air tidak sebati) ini akan mengakibatkan kek mudah berderai apabila di potong dan kek akan terasa kurang lembab….
p/s: nanti kan resepi kek mentega di post akan datang...

Subscribe to:
Posts (Atom)