para pembaca, terima kasih....

Showing posts with label creampuff. Show all posts
Showing posts with label creampuff. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Choux Pastry

Choux Pastry merupakan asas bagi Krim Paf (berbentuk bulat) dan Eclairs (berbentuk jejari). Pastrinya hanya memerlukan empat bahan asas iaitu tepung, mentega, air dan telur. Membuatnya nampak mudah.

Namun ada pelbagai teknik yang perlu difahami bagi menghasilkan krim paf yang rangup di luar dan gebu di dalam.Untuk mendapatkan krim paf yang sedap, gunakan mentega bermutu tinggi. Mentega jenis ini selalunya lebih mahal daripada biasa. Biar pada suhu bilik hingga ia lembut tapi jangan dibiar terlalu lama kerana ia mudah cair dan berminyak. Jangan gunakan marjerin kerana hasilnya tidak memuaskan.

Langkah utama adalah mengambil sehelai kertas kalis minyak (greaseproof paper). Lipat dua dan ayak tepung gandum serta garam ke atasnya. Ini adalah untuk memudahkan anda menuangkan tepung sekaligus ke dalam campuran mentega dan air yang sedang mendidih. Pegang hujung kertas dan semua tepung tadi akan terus masuk.Gunakan periuk kaca atau heavy-based dan kalis lekat (non-stick). Periuk jenis ini mampu menampung kehangatan walaupun apinya dimatikan. Kacau campuran tepung dengan air tadi sepantas mungkin. Gunakan senduk kayu. Bila campuran membentuk doh dan tidak melekat pada periuk, anda boleh berhenti mengacau. Letak di dalam mangkuk besar.Pilih telur bersaiz sederhana atau yang paling besar. Telur mesti segar supaya adunan mudah kembang bila dibakar. Pukul sedikit dengan garfu di dalam mangkuk kecil terlebih dulu. Ini akan memastikan bahagian kuning dan putihnya bercampur.Biar suam sebelum memasukkan sedikit demi sedikit telur.

Cara untuk menentukan samada doh suam atau tidak adalah dengan memegang keliling mangkuk dengan tangan anda. Jika ia masih panas, tunggu sebentar lagi. Selepas setiap kali memasukkan telur, kacau ligat hingga sebati. Bila adunan nampak berkilat serta licin, anda bolehlah berhenti mengacaunya.

Sudukan adunan ke dalam beg aising bermuncung (nozzle) bentuk bintang. Pegang beg dengan cara menegak dan picitkan adunan ke atas tin pembakar. Pastikan jaraknya 4-5 cm kerana paf akan mengembang semasa dibakar.Agar Krim Paf mudah tanggal dari tin pembakar, alas tin dengan kertas timah (aluminium foil). Kemudian lengser dengan sedikit marjerin. Anda juga boleh menggunakan tin pembakar kalis lekat (non-stick) atau mengalas tin dengan kertas silikon yang boleh digunakan berulang kali.Satu lagi langkah penting setelah krim paf masak dan keperangan adalah mencucuknya dengan hujung pisau tajam. Lakukan dengan cepat. Anda tidak perlu mengangkatnya dari tin pembakar itu atau memastikan setiap 'lubang' sempurna. Bila semua paf sudah dicucuk, bakar semula selama 5 minit. Ini adalah untuk memastikan wap air di dalam krim paf keluar. Jika tidak dilakukan, krim paf akan mengecut setelah ia sejuk.

Ada dua jenis inti untuk krim paf. Anda boleh gunakan krim putar yang dicampur sedikit gula aising dan dipukul hingga kental. Jika tidak mahu krim, boleh digantikan dengan inti kastard. Selain daripada membuat inti jenis ini menggunakan susu dan tepung kastard, anda juga boleh menggunakan tepung kastard segera atau instant custard.

Caranya sangat mudah. Hanya pukul tepung kastard segera dengan campuran susu dan air. Anda tidak perlu memasaknya. Kastard jenis ini menjimatkan masa kerana anda tidak perlu menunggu hingga ia sejuk sebelum menggunakannya. Jika tidak mahu menggunakan beg aising, anda boleh gunakan sudu kecil. Namun pastikan paf digunting atau dihiris sedikit bagi memudahkan anda.

Krim Paf memang digemari ramai kerana rasanya yang lemak dan intinya yang manis. Anda juga boleh menghias krim paf yang sudah dimasukkan inti dengan coklat cair (dipanggil Profiteroles) atau Glaze Icing (campuran gula aising, air panas dan pewarna).Untuk memastikan krim paf sedap, isikan dengan inti sejurus sebelum dihidangkan. Jika inti dimasukkan terlalu awal, kulit krim paf akan menjadi lembik (soggy) dan berair. Ini merosakkan bentuk dan kerangupan bahagian kulit luarnya.


Krim Paf

65 g tepung gandum

secubit garam

50 g mentega

150 ml air

2 biji telur, dipukul sedikit

Cara membuatnya

1. Ayak tepung dan garam ke atas kertas kalis minyak. Ketepikan.

2. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Kuatkan api dan biar mendidih kuat selama 1 minit.

3. Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.

4. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.

5. Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising. Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.

6. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.

7. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.


Inti Kastard

450 ml susu segar/UHT

150 ml krim putar - tak ada stok, saya ganti dengan susu segar

70 gm gula kastor

50 gm tepung kastard

Cara membuatnya

1. Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.

2. Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.

3. Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.

4. Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat.

Bila sejuk barulah digunakan.

Sunday, April 11, 2010

promosi produk baru

creampuff wit tuna n mayonis + chilli sos
creampuff wit stoberi mousse n stoberi jam
creampuff wit stoberi mousse n chocolate zass

assalamualaikum... salam pagi semua. ni sarapan pagi ni. setelah dipelbagaikan dan diperisakan mmg mengancam... satu lagi inovasi baru bg penggemar creampuff yg inginkan kelainan... pilih satu, pasti menepati selera anda... ;D

Saturday, April 10, 2010

order 10 feb 2010 fasa 2

assalamualaikum... oder dari shima nzw, creampuff wit cream chesee n chocolate zass 20 pcs.. mmg feberet saya, cuba jgn x cuba... ;D
sosejpuff 20 pcs.... all time feberet... antara produk yg mmg patut anda cuba.... :p

Friday, April 9, 2010

order 9 feb 2010 fasa 2

assalamualaikum... order dari suraya misc...
sue order creampuff wit custard filling 40 pcs
chocolate cupcake 6pcs wit chocolate ganache n edible image mickey n minnie mouse
chocolate cupcake it chocolate ganache n edible image ben 10 6pcs.
terima kasih sue, sila order lagi yer...

Friday, April 2, 2010

promosi produk baru

assalamualaikum... ni lagi produk baru nak dperkenalkan... cream puff wit custard filling n
chocolate cupcake wit blueberri swirls...mmg yummy.... dingin jer membelai selera
ni plak egg tart saiz m...
creampuff wit custard filling n eggtart yg segar mewangi kini sedia utk menerima tempahan. banyak lg produk yg akan kami perkenalkan selepas ni (selepas lulus dari meje boss besar) setakat ni dulu. dah.....

Thursday, April 1, 2010

promosi produk baru

assalamualaikum... produk baru dari kami cream puff wit cream cheese n topping wit chocolate... wallah, mmg bisa bikin ati goyah utk cuba gigitan yg seterus nyer...
creampuff wit custard filling...
sosejpuff antara produk yg selalu kami terima tempahan suatu masa dahulu (sebelum tertubuhnyer aztie homemade bakeri) terima kasih kepada semua pelanggan setia kami yg selalu menyokong n memberi sepenuh kepercayaan dalam merialisasikan impian anda...