para pembaca, terima kasih....

Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts

Friday, December 10, 2010

pencarian bermula !!!!!!!!!

salam.... buat semua pembaca n pengikut setia blog kami ini... kami dangan berbesar hati ingin mengumumkan pencarian detik ke-20,000 sudah pun bermula. agaknya siapa yg bertuah memiliki buah tangan dari kami berupa sebijik kek yg benilai rm 50 (pilihan kek dari menu kami)

syarat2 penyertaan sangat mudah:
1. warganegara Malaysia

2.bermastautin di Malaysia

3.melampirkan gambar/screen shot ke-20,000 sebagai bukti penyertaan/kemenangan dan emel kan kepada aztiebakery@gmail.com

4.lampirkan bersama nama penuh, alamat, no kad pengenalan dan no telefon

5.hadiah akan diberikan pada tarikh dan masa yg ditetapkan penganjur

6.pemenang perlu menghubungi sendiri penganjur di aztiebakery@gmail.com atau sms di 012-210 3554 bg menuntut hadiah kemenangan

7.pemenang perlu mengambil sendiri hadiah dari penganjur

8.hadiah kemenangan tidak boleh ditukar ganti wang tunai atau hadiah lain

9.pemenang harus bersedia utk ditemuramah bersempena kemenangan ini

10.jika timbul sebarang kesulitan selepas penguman kemenangan penganjur berhak menukarkan pemenang kepada nombor yg terhampir ke-20,000

11.jika pemenang tidak menghubungi penganjur dalam tempoh 24 jam , maka pemegang no terhampir iaitu 5 nombor sebelum atau 5 nombor selepas ke-20,000 akan diumumkan sebagai pemenang mutlak

12.dan yg paling penting, sekiranya pemenang ialah seorang pengikut/follower kami akan memberikan hadiah misteri

jd, dengan pengumuman ini saya dengan berbesar hati dan penuh debaran menantikan detik nan bersejarah ini. diharapkan ianya berjalan dengan lancar.....
sekian, terima kasih....

Wednesday, December 8, 2010

Petua Membuat Kek Untuk Orang Baru

Ada terdapat berbagai jenis kek seperti kek mentega, kek span , kek sifon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan. Sebagai orang yang baru hendak belajar membuat kek, anda hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini. Antaranya ialah :

1. Mengenali bahan membuat kek.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Anda boleh pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.

2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.

3. Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.

(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.

(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.

(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.

(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.

(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.

Kesimpulannya, jangan takut untuk bereksperimen. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda tidak menjadi kerana anda mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi anda perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Good Luck!
sumber : resepi noraini

Tuesday, November 9, 2010

baking tips

1. Membersihkan Ketuhar
Selepas ketuhar digunakan biarkan ia sejuk. Selepas itu bersihkan ketuhar dari kotoran dan habuk yang melekat.Gunakan air sabun pencuci pinggan dan kain buruk.Lapkan kering-kering.

2. Lembutkan Mentega

Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan 30 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

3. Bersihkan Telur
Sebaik-baiknya, telur yang hendak digunakan dibersihkan dari kotoran agar tidak masuk dalam adunan kek. Keluarkan telur dari peti sejuk 1 jam sebelum digunakan.

4. Pilih tin pembakar yang bersesuaian
Gunakan tin pembakar jenis aluminium dan saiznya perlu sesuai dengan resepi. Boleh guna yang bulat, empatsegi dll.

5. Gris tin pembakar

Untuk kek berasaskan mentega, tin perlu digriskan dengan mentega atau majerin dan lapik kertas serap minyak. Gunakan berus pastri untuk
menyapunya.

6. Panaskan ketuhar
Sebelum membakar kek atau biskut, panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit.

7. Tepung yang sesuai

Gunakan tepung yang paling sesuai dengan jenis masakan anda.Jika membuat kek gunakan tepung kek dan jika membuat roti pula gunakan tepung roti.

8. Ayak tepung
Kebanyakan resipi menghendaki kita mengayak tepung sebelum mengadun. Tujuannya untuk memasukkan seberapa banyak udara ke dalam tepung agar kek menjadi ringan dan gebu.

9. Sejukkan kek
Kek hendaklah disejukkan sebelum dipotong. Gunakan pisau tajam atau pisau bergerigi untuk memotong kek agar tidak berderai.
10. Potong kek buah
Sebelum memotong kek buah, sejukkan kek semalaman dalam peti sejuk agar ia keras. Kemudian potong dengan pisau bergerigi. Ini untukelakkan buah terkeluar.

11. Simpan kek
Untuk menyimpan kek agar tahan lama, balut dengan kertas aluminium ,
masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek span dan mentega tahan 1 minggu. Kek lapis tahan satu bulan.

sumber: noraini zakaria

Monday, November 8, 2010

Choux Pastry

Choux Pastry merupakan asas bagi Krim Paf (berbentuk bulat) dan Eclairs (berbentuk jejari). Pastrinya hanya memerlukan empat bahan asas iaitu tepung, mentega, air dan telur. Membuatnya nampak mudah.

Namun ada pelbagai teknik yang perlu difahami bagi menghasilkan krim paf yang rangup di luar dan gebu di dalam.Untuk mendapatkan krim paf yang sedap, gunakan mentega bermutu tinggi. Mentega jenis ini selalunya lebih mahal daripada biasa. Biar pada suhu bilik hingga ia lembut tapi jangan dibiar terlalu lama kerana ia mudah cair dan berminyak. Jangan gunakan marjerin kerana hasilnya tidak memuaskan.

Langkah utama adalah mengambil sehelai kertas kalis minyak (greaseproof paper). Lipat dua dan ayak tepung gandum serta garam ke atasnya. Ini adalah untuk memudahkan anda menuangkan tepung sekaligus ke dalam campuran mentega dan air yang sedang mendidih. Pegang hujung kertas dan semua tepung tadi akan terus masuk.Gunakan periuk kaca atau heavy-based dan kalis lekat (non-stick). Periuk jenis ini mampu menampung kehangatan walaupun apinya dimatikan. Kacau campuran tepung dengan air tadi sepantas mungkin. Gunakan senduk kayu. Bila campuran membentuk doh dan tidak melekat pada periuk, anda boleh berhenti mengacau. Letak di dalam mangkuk besar.Pilih telur bersaiz sederhana atau yang paling besar. Telur mesti segar supaya adunan mudah kembang bila dibakar. Pukul sedikit dengan garfu di dalam mangkuk kecil terlebih dulu. Ini akan memastikan bahagian kuning dan putihnya bercampur.Biar suam sebelum memasukkan sedikit demi sedikit telur.

Cara untuk menentukan samada doh suam atau tidak adalah dengan memegang keliling mangkuk dengan tangan anda. Jika ia masih panas, tunggu sebentar lagi. Selepas setiap kali memasukkan telur, kacau ligat hingga sebati. Bila adunan nampak berkilat serta licin, anda bolehlah berhenti mengacaunya.

Sudukan adunan ke dalam beg aising bermuncung (nozzle) bentuk bintang. Pegang beg dengan cara menegak dan picitkan adunan ke atas tin pembakar. Pastikan jaraknya 4-5 cm kerana paf akan mengembang semasa dibakar.Agar Krim Paf mudah tanggal dari tin pembakar, alas tin dengan kertas timah (aluminium foil). Kemudian lengser dengan sedikit marjerin. Anda juga boleh menggunakan tin pembakar kalis lekat (non-stick) atau mengalas tin dengan kertas silikon yang boleh digunakan berulang kali.Satu lagi langkah penting setelah krim paf masak dan keperangan adalah mencucuknya dengan hujung pisau tajam. Lakukan dengan cepat. Anda tidak perlu mengangkatnya dari tin pembakar itu atau memastikan setiap 'lubang' sempurna. Bila semua paf sudah dicucuk, bakar semula selama 5 minit. Ini adalah untuk memastikan wap air di dalam krim paf keluar. Jika tidak dilakukan, krim paf akan mengecut setelah ia sejuk.

Ada dua jenis inti untuk krim paf. Anda boleh gunakan krim putar yang dicampur sedikit gula aising dan dipukul hingga kental. Jika tidak mahu krim, boleh digantikan dengan inti kastard. Selain daripada membuat inti jenis ini menggunakan susu dan tepung kastard, anda juga boleh menggunakan tepung kastard segera atau instant custard.

Caranya sangat mudah. Hanya pukul tepung kastard segera dengan campuran susu dan air. Anda tidak perlu memasaknya. Kastard jenis ini menjimatkan masa kerana anda tidak perlu menunggu hingga ia sejuk sebelum menggunakannya. Jika tidak mahu menggunakan beg aising, anda boleh gunakan sudu kecil. Namun pastikan paf digunting atau dihiris sedikit bagi memudahkan anda.

Krim Paf memang digemari ramai kerana rasanya yang lemak dan intinya yang manis. Anda juga boleh menghias krim paf yang sudah dimasukkan inti dengan coklat cair (dipanggil Profiteroles) atau Glaze Icing (campuran gula aising, air panas dan pewarna).Untuk memastikan krim paf sedap, isikan dengan inti sejurus sebelum dihidangkan. Jika inti dimasukkan terlalu awal, kulit krim paf akan menjadi lembik (soggy) dan berair. Ini merosakkan bentuk dan kerangupan bahagian kulit luarnya.


Krim Paf

65 g tepung gandum

secubit garam

50 g mentega

150 ml air

2 biji telur, dipukul sedikit

Cara membuatnya

1. Ayak tepung dan garam ke atas kertas kalis minyak. Ketepikan.

2. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Kuatkan api dan biar mendidih kuat selama 1 minit.

3. Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.

4. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.

5. Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising. Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.

6. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.

7. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.


Inti Kastard

450 ml susu segar/UHT

150 ml krim putar - tak ada stok, saya ganti dengan susu segar

70 gm gula kastor

50 gm tepung kastard

Cara membuatnya

1. Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.

2. Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.

3. Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.

4. Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat.

Bila sejuk barulah digunakan.

Monday, October 11, 2010

berhari raya....

tiramisu....
chocolate cake
pandan layer cake...


salam... antara pilihan kek yg sy sumbangkan utk jamuan hari raya yg lepas di opis. terima kasih kekawan atas komen yg memberangsang kan... jgn lupa oder dari kami di aztie homemade bakery.. ;p

Friday, October 8, 2010

bagaimana memilih kek kahwin

Assalamulaikum...

Sejak kebelakangan ini, adalah tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan atau juga dikenali sebagai kenduri kahwin tanpa acara memotong kek. Tidak kira besar atau kecil, tradisional atau ringkas sesebuah majlis perkahwinan itu, kek perkahwinan akan menjadi penyeri dan menjadi salah satu atucara majlis. Tidak kira dimana, siapa dan tema, kek perkahwinan akan menjadi tumpuan majlis dan acara memotong kek merupakan acara kemuncak dan penutup acara.

Membeli atau menempah kek perkahwinan bukan sekadar untuk cukup syarat tetapi kek perkahwina juga memainkan perana penting sebagai penyeri majlis sama seperti memilih pelamin yang indah-indah. Memilih kek perkahwinan juga memerlukan perancangan awal agar impian untuk memiliki kek perkahwinan impian i tercapai. Ada sesetengah kek mengambil masa yang panjang untuk disiapkan terutama dari segi hiasan kerana ada yang perlu ditempah dan ada yang perlu dibuat.

Bila waktu menempah kek perkahwinan?
Kek perkahwinan perlu ditempah seawal munkin, Jika tarikh majlis bersamaan dengan cuti sekolah atau cuti umum tempahan hendaklah dibuat 2 – 3 bulan awal kerana kebiasaanya kadar yang menempah kek pada tarikh tersebut adalah tinggi, takut nanti tempahan ditolak kerana penuh.

Langkah pertama.
Sebelum memilih atau menempah kek perkahwinan, tanya diri terlebih dahulu ;
Berapa bajet?
Berapa ramai akan dijamu?

Mengetahui fakta tersebut kita akan tahu rupa kek yang sesuai dengan majlis dan poket. Bukan sekadar hendak menjadi ‘wedding of the year’ cuma tidak mahu membazir.

Faktor yang perlu diambil kira bila memilih kek kahwin.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian didalam memilih Kek perkahwinan iaitu bentuk, saiz, warna, Rasa dan hiasan

Rekabentuk – Contoh-contoh kek perkahwinan boleh didapati dari majalah-majalah, buku atau website kek yang diminatii dan bersesuaian. Bawa atau pilih gambar untuk dibawa kepada pembuat kek bagi sebut harga dan pandangan. Jika ada rekabentuk sendiri, berbincang dan jelaskan kepada pereka kek yang bagaimana dikendaki.

Saiz - pemilihan saiz adalah bergantung kepada jumlah individu yang hendak dijamu.

Warna- Kebiasaanya warna kek mengikut warna tema sesebuah majlis, namun tidak menjadi kesalahan jika memilih warna yang kontras dari warna tema.

Rasa – Pastilah mahu kek yang sedap, jika tidak pasti sedap atau tidak boleh dapatkan pandangan rakan atau kenalan yang pernah menikmati kek di kedai pilihan atau boleh beli untuk cubaan.

Ising – Ising adalah bahan luar yang membaluti kek. terdapat pelbagai jenis icing yang terdiri daripada Buttercream, Royal icing, Fondant dan Marzipan. Setiap ising mempunyai kelebihan dan kekuranganya jadi pemilihan hendaklah bersesuaian dengan majlis itu sendiri disamping itujenis-jenis ising ini turut mempengaruhi harga kek. Buttercream merupakan pilihan yang paling popular kerana harganya yang agak rendah manakala harga bagi fondant adalah lebih tinggi. Namun dikala ini ramai pasangan suka memilih kek fondant kerana rupanya yang lebih elegant dan dapat digubah dalam perbagai bentuk.

dipetik dari : http://www.onepiecebakery.com

Monday, August 23, 2010

raya cookies - 2010

coconut cornflake crunchy cookies....


bright eye susan....

salam ramadhan... sajer nak kongsikan cookies raya taun neh.... selamat menjamu mata ;p

segarkan minda ;p




produk bari di pasaran...

salam.... khas buat tatapan pelanggan kami yg sentiasa menyokong bisnes kami mempersembahkan menu terbaru pilihan kami
mmg sedap n marvelous... dingin n kaya ngan rasa coklat yg pasti membuat kan anda termimpi2.... sudi2 kan forward kan form order anda pada kami... ;p

Friday, July 2, 2010

special fast sale with edible image







Assalammualaikum & Good Day everyone,

kami ada beberapa set ready made edible image dalam simpanan. Jadi kami nak buat special fast sale. Tiada specific tarikh. Boleh tempah bebila selagi stock masih ada...


SET UPIN IPIN - RM25
16pcs medium cupcakes
12pcs edible image
4pcs with colourful deco or writing

SET SPONGEBOB - RM25
16pcs medium cupcakes
12pcs edible image
4pcs with colourful deco or writing

SET MICKEY N MINNIE MOUSE - RM25
16pcs medium cupcakes
12pcs edible image
4pcs with colourful deco or writing

SET BEN 10 - RM25
16pcs medium cupcakes
12pcs edible image
4pcs with colourful deco or writing

SET BARBIE - RM25
16pcs medium cupcakes
12pcs edible image
4pcs with colourful deco or writing

SET PRINCESS - RM25
16pcs medium cupcakes
12pcs edible image
4pcs with colourful deco or writing

SET WORLD CUP - Rm 25
16pcs medium cupcakes
12pcs edible image
4pcs with colourful deco or writing



Berminat nak order? Copy & paste details dibawah dan email to aztiebakery@gmail.com

Nama:

Contact No:
Email Add:
Date & time to pickup:
Set pilihan:
Flavour: Vanilla / Chocolate / Orange / Strawberry (satu flavour per set sahaja)
Frosting: Buttercream
Writing on cupcakes:
Need candle: Yes/No

Jangan lepaskan peluang ini! Harga biasa untuk cupcakes dengan edible image lebih mahal dari harga yg kami tawarkan. Jimat banyak dah ni. Anak-anak pasti suka :)

Kue teow sup sempoi....



salam... selamat tengah hari... da makan? belom, ish2x.... aper diet??? hehehehe ini pun menu diet juga... :p. melalut kejap. ni mkn malam kami malam td. resepi amek dari che ah mat gebu. saya mintak izin c/p jer yer...

BAHAN-BAHAN SUP AYAM :-)
800 g ayam, potong sederhana besar
4 biji kentang
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kiub ayam "Maggi"
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, dikerat 4
2 camca besar bawang goreng
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
1 1/2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
3 hirisan nipis kunyit hidup*
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
Minyak untuk menumis

BAHAN LAIN :-)
Kue teow secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekor
Sambal kicap
Tauhu, digoreng dan hiris (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan lengkuas titik hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan dulu), gaul rata dan biar ayam kecut. Tuang air, masukkan kuib ayam, daun sup dan bawang goreng. Kacau dan biar mendidih. Kecilkan api dan biar merenih sehingga kentang empuk.
  3. Tambah garam secukup rasa dan jika suka boleh rejis sedikit serbuk perasa (mat tak guna..). Rasa dan jika ok, boleh hidangkan bersama kue teow dan tabur kan dengan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu dan juga cili kicap...hidangkan selagi hangat....enjoyy!!!!

Thursday, July 1, 2010

sarapan pagi-sosej roll sempoi

salam... selamat pgi sayang... ecewah nak berkaraoke plak.
ni sarapan pg kiter org hari ahad lepas. nak resepi meh tgk bahan2 nyer...

bahan2
5 keping roti
5 batang sosej
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air

cara2
1-lenyek kan roti guna pin roll sampai leper
2-letakkan sosej dibahagian tepi n gulung kan
3-gam kan dengan bancuhan tepun n air
4-goreng sampai keemasan
5-aper lagi mari serrrraaaaaang...
ha, senang kan? tunggu aper lagi meh la cuba...

Friday, May 21, 2010

informasi tentang panduan membuat kek

salam... ni saya kongsikan panduan utk mendapatkan kek yg perfect... ecewah. betul...x tipu tau. saya copy n paste dari forum Rnet...

1. Baca resepi dengan teliti umtuk mendapatkan maklumat tentang cara memasak samada membakar atau mengukus, juga untuk mengetahui kaedah yg digunakan

2. Sediakan barang-barang yang diperlukan samada bahan-bahan atau peralatan. Susunkan diatas meja.

3. Beli tepung kek ataupun tepung rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan "berpasir".

4. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA. Telur hendaklah berada pada suhu bilik.

5. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis resipi kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.

6. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.

7. Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah dipukul.

8. Timbang bahan-bahan mengikut resipi. Jangan terlebih atau terkurang. Dapatkan bahan-bahan yang segar dan masih belum tamat tempoh.

9. Peralatan seperti pengadun(mixer), mangkuk adunan, pengaut, senduk dan lain-lain hendaklah dalam keadaan yang bersih.

10. Sediakan tin pembakar yang bersesuaian saiz seperti dinyatakan dalam resipi. Griskan dan lapik dengan kertas serap minyak. Tin untuk membuat kek span dan kek sifon tidak perlu digriskan.

11. Ketuhar (oven) hendaklah dibersihkan dari habuk atau tumpahan minyak. Panaskan ia ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek.

12. Untuk membakar kek jenis ringan saperti kek span dan kek chiffon, gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celsius dan masa membakar antara 20 hingga 30 minit. Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek. Jika teksturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan acuan kek diatas redai kuih tanpa mengeluarkan kek sehingga ia sejuk. Ini untuk mencegah kek mendap. Selepas 10 minit, pusingkan kek kedudukan asal dan keluarkan kek dengan mengikis sisinya dengan pisau

13. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celsius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah Celsius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit. Untuk memastikan kek itu masak, cucuk dengan lidi dibahagian tengah kek dan lidi itu harus kelihatan licin apabila ditarik keluar. Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit lagi.

14. Setelah memasukkan kek ke dalam ketuhar, setkan masa yang diperlukan untuk membakar. Jika kek mentega masa selalunya 1 jam, kek buah mengambil masa 1 1/2 jam dan kek span 45 minit sahaja.

15. Tanda mudah kek telah masak ialah warnanya kekuningan, baunya harum dan ia lekang dari sisi tin pembakar.

16. Untuk membuat kek lapis, perlukan api atas dan bawah (grill). Gunakan ketuhar yang bersesuaian. Masa membakar juga singkat iaitu 7 -10 minit bergantung kepada jenis ketuhar.

17. Jangan buka pintu ketuhar 30 minit pertama kerana kek belum set. Haba yang keluar akan menyebabkan kek bantat. Selepas 45 minit anda boleh buka untuk menukar kedudukan kek.
18. Jangan masukkan terlalu banyak kek dalam satu ketuhar. Ini akan menyebabkan kekurangan haba dan kek akan jadi bantat.

19. Apabila kek telah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dalam tinnya selama 30 minit sebelum dikeluarkan.

20. Kek boleh dihidangkan apabila sejuk. Untuk menyimpannya, balutkan dengan kertas aluminium atau pembalut plastik. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek biasa tahan satu minggu sementara kek lapis pula tahan 1 bulan.

Thursday, May 20, 2010

kring... kring...ais krim goreng...

letak aiskrim atas roti yg telah dilembabkan
tekan dengan acuan telur kuat2
jeng..jeng.. da jadi bulat
balut ngan plastik n simpan dalam freezer satu malam
goreng dengan minyak yg panas
da siap goreng...
tuang susu cair ideal
kena potong.. potong... potong...
ais krim kat dalam still sejuk
apa lagi mamam la...

assalamualaikum... salam sejahtera. disini ingin saya kongsikan resepi yg saya copy dari ida merpati. terima kasih kak sudi kongsikan resepi yg marbeles nih... so, apa lagi kengkawan mari kite cuba buat utk santapan minum petang bersama keluarga... pasti cik abang bertambah sayang... :p

caranya :
1. skop aiskrim letak atas sekeping roti
2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskrim tadi
3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat
4. masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti ais bahagian atas semalaman or 3 jam
5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...
6.minyak kena betul2 panas - baru gorengkan roti tadi
7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah
8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak

Tuesday, May 18, 2010

brownies super duo

assalamualaikum... hehehehe... try resepi yg da tersimpan lama dalam fail tunggu utk di CSI kan
buat versi duo topping... sebelah kiri blueberri cheese n sebelah kanan tu marble cheese
hah.. tunggu aper lagi meh la try...

Wednesday, May 5, 2010

chocolate moist cake zaiima recipe

assalamualaikum... salam pagi, malam td saya mencuba resepi baru... dapat dari seorg teman yg juga aktif berniaga kek suatu masa dulu. kini chef sedang melanjutkan pengajian keperingkat yg lebih tinggi jd bidang mengkek terpaksa dilepaskan buat masa ini. terima kasih kerana sudi mengongsikan resepi kek kak zaiima yg pemes ni....

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA
Sumber: NoorMasri

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair
lagi sedap) -
½ cawan susu manis


Bahan B:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

Bahan C:
3 biji telur -

Cara menyediakannya:
Masukkan A ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

Ayak B, ketepikan.

Pukul telur hingga kembang dan dicampur dengan
campuran koko (A) tadi. Gaul
rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam 1/2 acuan je). Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan.

Saturday, May 1, 2010

japanese cotton cheese cake wit chocolate...

assalamualaikum.... sajer buat utk makan2 ngan famili... teringin nak rasa macam mana agaknyer rasa japanese cotton ciskek ni jika digabung kan dengan kemewahan rasa chocolate.... hehehehhe... tangkap leleh gitu, menyentuh salju... menu baru dalam list kami. cuba jgn x cuba...

Friday, April 30, 2010

chocolate moist cake misleha recipe


salam.
ni kite da try kek coklat lembab kakmis yang pemes tu. so mari kiter kongsi kan bersama resepi. kiter copy n paste dari Rnet. terima kasih kak mis.
nantikan project baru dari dapur kami....

Bahan-bahan
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovellate
6biji telur
Diayak
250gm tepung
2tsp baking powder
1½tsp soda bicarbonate
Paste
1 cawan coco powder
1¼ cawan air
60gm castor sugar
1tbsp nescape - optional
Ganache
500 g whipping cream
500 g coklat masaka
n
- masak cara double boiler, biarkan sejuk n curah atas kek yg telah siap di bakar

Cara Membuatnya
  1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder. Berselang seli dengan paste.
  3. Bakar 170 C selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven masing-masing.
  4. Siap utk dingap....

Thursday, April 29, 2010

farewell party-fadhlan


assalamualaikum... sempena farewell party fadlan practical student kat pizza hut setia alam...aksi2 memilih menu makan tengah hari td...
amacam ada nampak???
ramai nyer.... macam kanak2 rebena jer sumer...
ni gamba selepas sumer suda bersantap

serius jer.... kena pilih hati2 ni nanti ramai yg x puas ati plak...
ahhh... penin. x tau nak makan aper????
cukup ker nak makan 11 org???
menu yg menjadi rebutan semua.....

Wednesday, April 28, 2010

menu makan malam-nasi lemak

assalamualaikum...
hari ni sajer nak cuba masak nasik lemak. antara menu tertunda dek kebizian mengkek. biasa nyer kami sekeluarga makan nasik lemak waktu sarapan pagi. tp, kali ni saja nak ubah selera.... hahahahah bertambah gebu la saya (bigboss gak maintain kurus) ;P
saya kongsi kan resepi nasik lemak sempoi buat tatapan bersama

siap utk disantap oleh big boss...


nasi lemak
2 tin beras
1.5 biji kelapa (ambil santan nyer)
2 cawan air
secubit garam
5 helas daun pandan

sambal sempoi
100 g cili kering (diblend)
170 g bawang besar
10 g udang kering-ditumbuk lumat
20 g bilis-ditumbuk lumat
230 g minyak
15 g asam jawa
100 g gula
garam sesedap rasa
cara2
1-basuh beras n tos kan kering, perah santan. masukkan dalam periuk beras, santan, garam, daun pandan. adjust air ikut kekebalan beras anda (ada beras x takut air)
2-panaskan minyak, masukkan bawang goreng sampai harum. masukkan cili yg diblend. tumis sampai naik minyak. masukkan jus asam jawa tumis lagi sampai pecah minyak lagi sekali. masukkan bilis n udang kering yg telah ditumbuk lumat. perasa kan dengan garam n gula...
3-sedia kan bahan sampingan macam telur rebus, goreng bilis n kacang tanah...
4- ha... aper lagi soru time....