para pembaca, terima kasih....

Thursday, December 31, 2009

butter icing

Aising Mentega / Butter Icing


Bahan-bahannya:
Mentega 90 g
Susu cair 2 sudu besar
Gula aising 460 g
Esen vanila 1 sudu teh

Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega tidak sampai mendidih.
2. Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
3. Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
4. Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.

royal icing vs buttercream

sumber dr rnet

Apa dia royal aising (Ising Kerabat di Raja)
- ia dibuat dari gula icing, telur putih, cream of tartar atau perahan lemon. Banyak resipi di internet yang boleh digunakan. Selalunya dipasangkan dengan kek yang dibuat dari fondant. Dikenali juga free fat icing sebab tak guna butter atau lemak sayuran yang lain. Untuk kaedah wilton - menggunakan merigue powder "serbuk telur putih" yang telah dicampurkan dengan cream of tartar, gula icing & 5 sudu besar air suam. Bancuhannya menggunakan "K" beater . merigue powder+gula icing dicampur, letak air sedikit demi dan harus faham akan konsistensi royal icing yang diperlukan. Selepas dibentuk bunga, royal icing ini akan mengeras dengan sendirinya. Royal icing haruslah ditutup menggunakan kain basah supaya tidak mengering sebelum sempat di bentuk.

Apa beza ngan buttercream
Bezanya dengan buttercream - hanya campuran lemak seperti krimwell, mentega atau shortening. Ia juga boleh dicampur dengan gula icing, golden syrup, condensed milk. ada juga dicampur dengan syrup glucose.

Mcm mana cara nak buatnya
Royal icing - 3 sudu besar merigue powder
454 gram gula icing
5 sudu besar air suam (letak sedikit2, bagi tujuan untuk pastikan consistency icing)
pukul pakai k beater, sederhana laju sehingga adunan berkilat. Then, bolehlah dibentuk menjadi bunga. Harap Membantu!
Selamat Meroyal Icing.

Tuesday, December 29, 2009

stockcount dec 2009

salam....
ari ni kiter org terlibat dalam aktiviti tahunan
aper lagik kalu bukan 'stockcount'
dulu biler ader stockcount jer mesti saya berharap untuk buat stockcount kereta
tp nasib saya lebih banyak ke spareparts
nak buat macam maner mungkin jodoh saya ngan spareparts lebih serasi
mmmm.... skang saya da x kesah sgt kalu kena buat stockcount spareparts lg coz skang workshop espeseli parts dept da byk improve... kredit untuk staf parts dept
kalu dulu mesti buat stockcount sambil tertido (boleh ker?) percaya lah mmg itu yg berlaku hihihihihhi...
banyak kenangan tul lah....
biler tiba musin stockcount nih, bermakna taun 2009 ni sedang beranjak pergi n taun 2010 kian menghampiri.. (cewah, bernostalgia plak)
moga taun 2010 akan datang ni akan merialisasikan segala impian dan taun 2009 yg kian menjauh ni memberi sejuta pengalaman n pengajaran dalam idup...
banyak yg saya harap kan untuk taun 2010 nih..
kawan2 mcm maner?
tepuk dada tanyer iman....
assalammualaikum....
adiooooossss....

order 29 dec 2009
















salam....
sejak 24hb dec lagi saya dah dapat 2 tempahan untuk cheesecake nih
thanx to kak mas n jamie sudi ode ngan saya...
kak mas ode untuk besday anak keduanyer nurul fatihah yg ke lapan
happy besday dear...
umi nyer sajer buat surprise kata x belikan besday cake untuk angah
sebenarnyer umi udah oder awal2 ngan untie....
jamie plak sajer2 ode untuk makan ngan famili...
seronok bekerja ngan anda berdua...
kak mas nak blueberry cheesecake jamie plak ode japanesse cotton cheesecake wit blueberry topping
nanti saya uploadkan resepi japenesse cotton cheesecake plak yer..
layanz gambar sat...
hope uols suker, esok2 ode lagi noooo
p/s: jamie nih wakil org misc yg dapat saya tangkap gambar nyer...

Monday, December 28, 2009

resepi gumpaste

Resepi diambil dr buku 500 Fabulous Cakes And Bakes

Bahan-bahan

2 sudu teh gelatin
1 1/2 sudu teh air sejuk
2 sudu teh glukos
2 sudu teh shortening
4 cawan gula ising (saya masuk 3 cawan dulu)
1 sudu teh gum tragacanth
1 biji putih telur

1. Satukan gelatin, glukos dan shortening di dalam mangkuk. 'Double boil'
sehingga semuanya larut. Angkat setelah semuanya betul-betul larut.

2. Ayak gula ising dan gum tragacanth ke dalam mangkuk. Buatkan lubang di
tengahnya. Masukkan putih telur dan campuran gelatin tadi. Gaulkan sehingga
menjadi doh lembut dan putih.

3. Uli sehingga lembut di atas permukaan yang telah disapu dengan gula
ising/tepung jagung. Doh yang sudah diuli lembut dimasukkan ke dalam
plastik. Biar sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan. Kemudian uli balik
doh tersebut.

4. Ambil doh sedikit2 dan selebihnya biar di dalam plastik sbb ia cepat
kering bila terdedah pada udara. Canai nipis... tekap guna cutter bunga
kecil untuk hiasan atas cupcake

Sunday, December 27, 2009

blueberry cheese cake







salam...
blueberry cheese cake ni saya buat untuk makan2 kat uma mak mertua sempena
angah (kak izah) buat doa selamat untuk pra majlis perkahwinan anak sulung yer.
majlis tu pun sempena azfar selamat bersunat minggu lepas.
lawak gak nengok budak azfar tu masa berpantang
yer la bebudak kecik (darjah tiga taun depan) la kata kan..
ngeri tengok dier ngan selamba nyer duduk atas buaian...
ish... x takut bentan ker
aper pun sumer da berlalu, so skang azfar bukan budak kecik lagi tau ;)

resepi blueberry ni saya dapat dari buku bicara kek oleh wendy kor.


blueberry cheese cake
bahan2
  • a) 350 gm keju krim
  • a) 80 gm mentega
  • b) 180 gm krim putar
  • b) 4 biji kuning telur
  • c) 15 gm tepung paling halus
  • c) 15 gm tepung jagung
  • d) 4 biji putih telur
  • d) 80 gm gula
  • d) 1/4 sudu teh krim tartar

hiasan

  • 200 gm krim segar bukan susu
  • 250 gm intipai beri biru

cara2

  1. campur bahan a dan gaul hingga sekata. tambahkan bahan b perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. kacau hingga sebati
  2. ayak bahan c dan campurkan ke dalam bancuhan diatas. bancuhkan sehingga sekata. ketepikan dahulu
  3. pukul putih , krim tartar dan gula hingga naik dan kembang
  4. masukkan 3 kedalam 2. gunakan spatula untuk gaul hingga sebati
  5. tuangkan bancuhan kedalam acuan kek yg telah diisi dengan dasar biskut. bakar kukus dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celsius selama 60 hingga 70 minit.

bahan untuk dasar biskut

  • 100 gm serpihan biskus
  • 60 gm mentega cair

cara2 membuat dasar biskut

  1. hancurkan serpihan biskut. campurkan mentega cair. gaul sebati
  2. tuang bancuhan kedalam acuan kek dan tekan sekata.

resepi carot cake

salam..
ramai yg tertanyer2 resepi carot cake...
ini dia seperti yg dijanjikan...
insyallah, resepi akan di upload cuma cepat n lambat jer...
hihihihi... maklum la saya ni belum pro lagik
baru amatur, masih banyak perlu saya belajar...
resepi nih mmg marvelous... tahap gaban...
cewah...
5 star saya kasik pada resepi nih.
thank to geng Rnet

Carrot cake (suria)

- 4 eggs (separated)
- 1 1/2 cups corn oil or vegetable oil (darurat minyak masak pun boleh)
- 150g fine granulated sugar (gula halus like castor sugar) (saya kurang kan jadi 120 g)
- 150g brown sugar (saya kurang kan jadi 120 g)
- 1 1/2 cups lightly packed grated carrot (saya buat 2 cawan)

sift together250g cake flour ( darurat tepung gandum pun jadi gak)
1 teaspoon mixed spice ( rempah kek)
1 1/2 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
100g chop walnut (wajib ada baru sedap)(saya ganti dengan badam jer)
100 g kismis (saya tambah sendri)

Method1. in large mixing bowl beat egg yolks (use egg whisk), then add oil, sugar, carrots and mix well,add in the walnut, lastly stir in dry ingredients, mix well using wooden spatula.
2. beat egg whites until stiff and fold into cake mixture3. then bake at 180 c for 45 min (actually depend on yr oven type)

tips: bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

frosting ( ni wajib buat baru ngam dgn cake carrot)
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar

beat all ingredients till light and fluffy

Saturday, December 26, 2009

new product - chocolate ball


salam...
kengkawan... ni ader product baru
baru jer launch 25hb dec, chocolate ball
bg sesiapa yg suka kan chocolate cake, tetapi ingin ambil dalam kuantiti yg kecil
chocolate ball pasti dapat memenuhi permintaan dan selera...
ianyer bersaiz kecil (easy bite)
mudah, segar dan pasti nyer lazaaaaat...
dapat kan chocolate ball anda disini

Friday, December 25, 2009

order 25 dec 2009







salam...
semalam lepas dapat cuppies strawberi kak lin terus confirm order
besday kek untuk mak dier
kak lin order chocolate moist 8'
thanx akak order ngan saya
pada ari yg sama kak kamah order mini cuppies untuk mkn2 sendri ngan anak2 buahnyer
promote product baru chocolate ball
bg kak lin n kak kamah rasa
sudi2 kan la yer...















order 24 dec 2009- fasa 2




ni plak gambar kak g
dier order carot cake 7 inci
pastu, kawan 2 oder strawberi cuppies
ina sorg jer x nak ader strawberi
dier nak letak chocolate topping jer...
x luper pada huda di misc
thanx order ngan kiter yer...
ader jodoh kiter bersua muka...


order 24 dec 2009- fasa 1
















salam....
selamat ari natal...
sori lambat updated blog nih...
banyak gambar yg tertangguh...
cewah banyak ker??? (ader la skett)
ni order 24 dec ari khamis lepas
ni gambar2 ratu2 cuppies yg order strawbery cuppies
trima kasih atirah, nurul, mira, iqa, fad, kak lin n meri...
lenkali order ngan kiter lagik yer

Tuesday, December 22, 2009

cup measurements

ni saya copy n paste juga dari Rnet
cup measurements:


1 cup of flour = 120 gm

1 cup of water = 250 ml
1 cup of sugar = 240 gm
1 cup of butter = 227 gm

harap dapat membantu kengkawan dalam membikin kek yg sedap dari oven umah sendri

pertanyaaan tentang teknik betul menghasilkan kek

ader sorang teman bertanyer kan kenapa kek die mcm bantat...
dah bantat ke idak le saya ketahuan...
empunyer badan gemar mencuba resepi kek yg diambil dr internet nih
dier da cuba 3 x (kalu x silap)
1st time jadi lepas tuh da x jadik2 lg...
hihihihih..... rajin tul mencuba
ni panduan yg bole saya kongsikan bersam teman2....

ni saya copy n paste jer dari Rnet
sumber Min, bakingproject. com.
  • Curdled batter - this can be avoided if we break one egg at a time, allowing enough time for each egg to be thoroghly incorporated into the batter. Another reason might be that we are beating at a speed which is too high.

  • Cake overflowed in pan - obviously the pan is too small to begin with, or you put too much leavening.

  • Tough and heavy texture - this is the result of too much liquid, shortening or the batter was under or overbeaten.

  • Sunken middle - this is the saddest thing that could happen to any chef. The fault could be that the batter was overbeaten, too much sugar, liquid or baking powder. Or maybe the oven door was open within the first 15 minutes of baking. Even when you closed the oven door to forceful, it can lead to a sunken middle. (But not to worry too much, you can serve it upside down, or fill the sunken part with lots of icing to camouflage the whole thing;-) )

  • Cracked centre - One reason could be due to the oven being too hot. So always make sure that the oven is at the recommended temperature. The wrong type of flour could also lead to cracked centre, especially when you use a high-gluten flour instead of the recommended softer flour. You know why the books always say that we should mix the dry ingredients at the lowest speed? To avoid cracked centre. Overbeating will cause the cake to be tough resulting in the crack.

  • Cake did not rise as expected - oven not hot enough, too much liquid or fat and if you are using a pan which is too big.

  • Dry crumb - too much baking powder and too long baking period.

  • Too crumbly - the batter is being underbeaten and you put in too much shortening.

  • Holes in the cake - the reasons might be due to using too many eggs, too little sugar, poor mixing and an oven which is too hot.

mini cuppies - pertunangan




ni pun kak liza gak yg order
kak liza order 60 pcs
thanx akak....

cuppies - pertunangan






yg ini pun diorder oleh kak liza
untuk majlis pertunangan anak mama ros
(baby sitter kak liza)
kak liza order 25 pcs
thnx akak.....
lain kali order ngan tie lagi yerrrr...

carrot cake






ni cuci mata dulu yer....
mak teringin nak mkn....
tp sebenarnyer adik beradik saya kan ramai lelaki so dier x kesah punyer pasal makan2 nih
tp repi nih saya dapat dari Rnet
mmg sedap....
5 starssss...
layanzzzzzzzz

barbie kek - besday anis





pagi sabtu alang jiah yg dok sebelah umah datang, ngantor jeli kelapa.
skang nih dema laki bini bisnes jeli kelapa
so skang ni kami anak beranak slalu mkn jeli kelapa free
sedaaaaaaapppp...
alang mintak buat kan besday kek untuk anis syazwi untuk besday party malam ahad
so..... inilah la hasil nyer
p/s : sarah ingat barbie kek tu untuk dier... cian dier

gambar chocolate moist cake




salam...
ni gambar kek ari jadi mak kepada kawan opis
kak liza order awal2 lagik
thanx sebab bg saya peluang nih
thanx gaks sebab percaya pada keupayaan saya
p/s: kak liza org pertama order besday kek...

Monday, December 21, 2009

muffin chocolate moist

dari buku bicara kek - wendy kor


Muffin Chocolate Moist
Bahan2
A
20 gm Coklat Emulco
50 gm Serbuk Koko
200 ml Air Panas
B
250 gm Mentega
300 gm Gula
C
240 gm Telur
1 tsp vanilla
D
250 gm Superfine Flour
3 gm Baking Soda
6 gm Baking Powder
Cara2
1- Campurkan semua bahan A dan kacau sebati
2- Pukul bahan B sehingga kembang masukkan bahan C
3- Masukkan bahan D dan A dan gaul sebati
4- Tuangkan campuran bahan ke dalam solo cup
5- Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit atau sehingga muffin masak
Topping Coklat
250 ml Whipping Cream
400 gm cooking coklat
Caranyer
1- Didihkan whipping cream atas api kecil sehingga berbuih kecil
2- Masukkan cooking coklat, kacau sebati.
3- Padam api, dan biarkan semalaman ianya akan menjadi kental

american chocolate cake











American Chocolate Cake
Bahan2

A
Serbuk Koko 50 gm
Air Panas 160 gm
Coklat Emulco 20 gm
B
Mentega 250 gm
Gula 280 gm
Ovelette 10 gm
C
Telur 4 biji
Vanila 1 tsp
D
Superfine Flour 250 gm
Baking Powder 6 gm
Baking Soda 3 gm


Chocolate Ganache
E
Dark Chocolate 500 gm
Whipped Cream 500 gm
Butter 50 gm
Glucose Syrup 50 gm



Cara2
1- Campur bahan A dan kacau sebati
2- Pukul B sehingga kembang, masukkan C sekali sebiji sehingga adunan jadi sebati
3- Masukkan A yg telah dicairkan. Semua bahan D diayak dan campur kedalam adunan
4- Tuang dalam kek tin yg telah digris
5- Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 50 minit atau sehingga kek masak
6- Hiasan- Coklat hitan dipotong kecil2, campur krim putar, mentega dan sirap glucose
Cairkan dengan cara double boiler sehingga sebati, biar kan sejuk
Sedia digunakan untuk menghias kek

barbie cake - anis bday


kek ni saya bikin pakai resepi ciffon cake. tp nama resepi ni Moist Chocolate Ciffon. sumber dari buku resepi Bicara Kek oleh Wendy Kor


saya lampir kan resepi nyer disini:


Moist Chocolate Ciffon


A
Gula 60 gm
Serbuk koko 30 gm
B
Superfine Flour 100 gm
Baking Powder 3 gm
Baking Soda 3 gm
C
Minyak Masak 50 ml
Kuning Telur 4 biji
Susu Cair 50 ml
Coklat Emulco 1 sudu besar
D
Putih Telur 4 biji
Gula 120 gm
Cream of Tartar 3 gm


Cara2 membuat


1- Dalam satu bekas besar campur kan bahan A , masukkan bahan B.
2- Buat lubang dibahagian tengah, masukkan kuning telur , susu cair, coklat emulco dan akhir sekali minyak masak
3- Adun sebati biar kan sebentar
4- Pukul bahan D sehingga kembang n bertanduk. Hohooooo… ngeri suit
5- Masukkan bahan D yang telah kembang kedalam adunan basah td
6- Gaul sebati
7- Bakar pada suhu 180 darjah celcius selam 45 minit atau sehingga kek masak
8- Keluar kan kek yg telah masak dan terbalik kan selama 5 minit, ini bagi mengelakkan kek tenggelam dibahagian tengah
9- Saya guna kan acuan bentuk dome bg membentuk gaun barbie


untuk aising saya gunakan resepi dari Rnet


Buttercream

800 gm krimwell

200 gm shortening

1 tin susu pekat


adun semua bahan sehingga sebati

campurkan dengan pewarna yg diingini


sedia digunakan

cappucino ciffon cake

Resepi ciffon cake

A
Gula 80 gm
Serbuk Cappucino 25 gm

B
Superfine Flour 150 gm
Baking Powder 3 gm

C
Minyak Masak 80 gm
Kuning Telur 4 biji
Susu Cair 100 gm

D
Putih Telur 4 biji
Gula 70 gm
Cream of Tartar 3 gm

Cara2 membuat

1- Dalam satu bekas besar campur kan bahan A , masukkan bahan B.
2- Buat lubang dibahagian tengah, masukkan kuning telur , susu cair dan akhir sekali minyak masak
3- Adun sebati biar kan sebentar
4- Pukul bahan D sehingga kembang n bertanduk. Hohooooo… ngeri suit
5- Masukkan bahan D yang telah kembang kedalam adunan basah td
6- Gaul sebati
7- Bakar pada suhu 180 darjah celcius selam 45 minit atau sehingga kek masak
8- Keluar kan kek yg telah masak dan terbalik kan selama 5 minit, ini bagi mengelakkan kek tenggelam dibahagian tengah

ciffon cake

Ciffon cake…


Kalau bercakap tentang ciffon cake aper yg terbayang difikiran anda….. jarang orang bertanyer kan resepi ciffon cake. Tp pada pendapat peribadi saya, saya lebih gemar ciffon cake. Tekstur nyer yang lembut tapi tegar akan2 struktur kek span. Tetapi menggunakan teknik yang berbeza. Pasti nya ciffon cake mampu memikat selera anda dengan keunikan nya yg tersendiri… x percaya aper kata anda cuba resepi ciffon cake yg saya lampirkan….


Ciffon cake memerlukan kiter memukul adunan putih telur sehingga kembang. Sewaktu saya masih kecil (kira2 12 taun) saya x dapat membayangkan bagaimana kiter nak memukul putih telur sehingga kembang. Pasti lenguh tangan. Maklumlah rumah saya dulu xder mixer elektrik… bertambah pelik pabila resepi tersebut menyebut pukul putih telur sehingga apabila ditebalik kan adunan tidak jatuh.. huhu…. Begitu payah sekali membuat kek ciffon… hihihi terima kasih pada mixer elektrik ku yg banyak berjasa….


Putih telur dan kuning telur perlu diasingkan… jadi, telur yg digunakan harus la segar… bagaimana kiter nak tau yg telur yg kiter beli tu segar? Ya! Jgn risau disini saya cerita kan bagaimana mahu mengenal pasti telur yg segar…


Telur yang segar ialah:


1- Permukaan telur (kulit telur daaa) agak berabuk (bertepung atau berdebu) tp bukan berdebu sebab da berkapuk yer…
2- Kulit telur tidak berkilat
3- Apabila kiter lihat pada cahaya lampu, tidak kelihatan lubang2 kecil…
4- Dan yg paling penting telur yg segar mudah diasingkan kuning telur dgn putih telur nyer…


Selain itu, pembuatan ciffon kek memerlukan putih telur dipukul dengan cream tartar. Apa fungsi cream tartar? Cream tartar berfungsi sebagai bahan untuk menstabilkan putih telur.

Thursday, December 17, 2009

recipe marble cake






Marble cake (flour method)




Bahan2


bahan A
  1. Mentega 120 gm
  2. Marjerin 100 gm
  3. Gula Halus 280 gm
  4. Emulsifier (Ovellete) 8 gm
  5. Superfine flour 280 gm
  6. Serbuk Penaik 2 gm
bahan B
  1. Telur 240 gm (4 butir)
  2. Vanilla 1 tsp
bahan C
  1. Susu 60 gm
bahan D
  1. Serbuk Koko 15 gm
  2. Soda Bikardonat 1 gm
  3. Air 30 gm
bahan E
  1. Badam Keping 50 gm
bahan F
  1. Coklat Emulco 1 tbsp




Cara2 membuat

1. Pukul Bahan A sehingga kembang
2. Masukkan B, sedikit demi sedikit
3. Campur kan bahan C dan gaul sebati
4. Untuk adunan coklat, bahagi dua dan campur dengan D
5. Masukkan F kacau sebati
6. Tuang adunan ke dalam tin kek yg telah di gris kan
7. Hias dengan badam keping
8. Bakar dengan suhu 170-1800C selama 40-45 minit


** cara saya:

1. Pukul mentega, marjerin, ovellete dan gula satu persatu sehingga sebati dan bertukar menjadi pucat. Sentiasa gaul sebati sebatian bg memastikan adunan kembang serata. Pukul dengan kelajuan perlahan selama 5 minit. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yg diayak bersama. Fungsi tepung diayak sebelum digunakan ialah bg mengasingkan bahan asing dan yg paling penting kiter memasukkan elemen angin kedalam tepung (tepung menjadi ringan). Pukul selama 10 minit dengan kelajuan sedehana. Pastikan adunan tepung sering di gaul sebati agar adunan kek menjadi serata.

2. Bancuh telur (seperti adunan telur dadar) kemudian masukkan kedalam adunan sedikit demi sedikit. Gaul sebati selama 2 minit

3. Masukkan vanilla dan susu sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi berkrim

4. Bancuhkan serbuk koko dan soda bicarbonate menggunakan air panas. Ini untuk memudahkan bancuhan koko sebati. Bahagi dua adunan vanilla dan kacau sebati dengan bancuhan koko td tambahkan coklat emulco adun sebati.

5. Tuang adunan vanilla dan koko berselang seli bg menampakkan corak marble

6. Hiaskan dengan badam keping / almond nibs

7. Bakar dengan suhu 170-180 0C selama 40-45 minit mengikut acuan yg digunakan. Lebih kecil acuan digunakan lebih cepat proses membakar.









Tuesday, December 15, 2009

mari kenali kek anda - butter cake

Butter cake….
Butter cake adalah kek paling basic (asas) bagi semua jenis kek yang ada pada ari nih. Tapi apakah itu butter cake? Butter cake adalah pound cake. Mengapa ianyer dipanggil pound cake? Ianyer di panggil pound cake kerana kek tersebut menggunakan asas (percentage) bg sumer bahan2 nyer.
Bahan asas bg pound cake ialah:
a) Tepung
b) Gula
c) Mentega
d) Telur

Pertama kiter kena kenali jenis bahan asas tersebut. Bahan yg mana berasaskan kering dan yg mana basah.
Bahan2 yang basah ialah:
a) Mentega
b) Telur
Bahan yg kering pula ialah :
a) Tepung
b) Gula


Bg mengandaikan 250 grams sebagai kayu pengukur, kiter boleh mencipta pelbagai jenis pound cake ikut citarasa kiter. Sama ada kiter gemar kek yg basah atau yg kering. Kek yg tahan lama atau tidak semua yer terletak kepada kepandaian kiter mengolah bahan yg bersesuaian…
Baiklah….
Sekarang kiter sudah boleh mencipta satu resepi pound cake yg tersendiri…

1- Tepung
Terdapat 3 jenis tepung yang biasa digunakan dalam pembuatan kek

a) High protein
-tepung yg sesuai untuk membuat roti kerana kandungan protein yg tinggi
- tekstur yg lebih berat, sedikit gelap dan agak lembab

b) Low protein ( superfine)
-tepung yg sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek
-tekstur yg lebih ringan, sangat cerah dan lebih kering

c) Medium protein
-tepung yang sesuai untuk semua jenis kuih-muih, roti canai, kek, roti dan pelbagai jenis makanan yang lain. (tepung gandum biasa dipasaran)
-tekturnya sederhana dan tidak gelap
Untuk mendapatkan kek yang lembut, penggunaan tepung jenis superfine amat digalakkan. Tetapi tepung ini boleh digantikan dengan tepung gandum biasa (medium protein). Soda bikardonat dan serbuk penaik juga termasuk dalam bahagian tepung.

2- Gula
Kandungan gula yg banyak boleh mengakibatkan kek menjadi terlalu kering.
Tetapi kek yg mengandungi kandungan tinggi gula lebih tahan lama berbanding kek yg kurang kandugan gulanya.
Gula juga boleh digantikan dengan bahan2 lain seperti:

a) Corn syrup
b) Honey (madu)
c) Gula perang

3- Mentega
Mentega juga boleh digantikan dengan:

a) Marjerin
b) Mentega
c) Ovellete
- Fungsi ovellet adalah sebagai pengikat antara bahan telur, mentega dan tepung
- Untuk mensebatikan adunan kek
- Adunan cepat kembang
- Kek lebih lembut
- Kek lebih tahan lama

4- Telur
Terdapat pelbagai jenis dan saiz telur yg terdapat dipasaran
Sebiji telur jenis A mempunyai berat lebih kurang 60 gram
Manakala jenis B hanya 50 gram
Dan jenis C hanya 40 gram
Kiter digalakkan memecahkan atau gaul sebati telur (kuning telur + putih telur) terlebih dahulu.
Ini kerana bancuhan telur juga berfungsi sebagai emulsifier (mengimbangi kandungan minyak + air) dalam kek.
Kiter juga boleh mengantikan penggunaan telur dengan:

a) Susu
Kiter juga boleh mengantikan susu segar dengan susu cair atau susu penuh krim
b) Air
c) Kuning telur
d) Putih telur
e) Esen vanilla


Flour method vs sugar method

Apa itu flour method? Dan perbezaan dengan sugar method?
Flour method memerlukan kiter mengadunkan mentega, gula dan tepung sebelum memasukkan telur. Dan akhir sekali kiter masukkan susu sedikit demi sedikit.
Manakala sugar method pula membolehkan kiter mengadun mentega dan gula kemudian barulah masukkan telur, susu dan akhir sekali tepung berselang-seli dengan susu.
Kedua-dua cara ini akan menjadikan adunan kek yg sama lembut dan sedap. Cuma flour method tidak banyak digunakan kerana ramai lebih menggemari sugar method.
Yang penting pastikan adunan kek kiter tidak pecah minyak (kelihatan seperti adunan mentega dan air tidak sebati) ini akan mengakibatkan kek mudah berderai apabila di potong dan kek akan terasa kurang lembab….



p/s: nanti kan resepi kek mentega di post akan datang...

Monday, December 14, 2009

salam perkenalan....

salam...

hari ini buat pertama kali saya punya blog sendiri... :p Alhamdullilah

setelah sekian lama saya asek menjengah blog org lain kini telah tiba masa nyer

so xcited.... saya akan berkongsi resepi, tips dan apasaja dengan anda...

moga2 dapat kita berkongsi ilmu dan pengalaman bersama...

ini saja buat masa ini.... dahhhhhh...