para pembaca, terima kasih....

Sunday, December 27, 2009

blueberry cheese cake







salam...
blueberry cheese cake ni saya buat untuk makan2 kat uma mak mertua sempena
angah (kak izah) buat doa selamat untuk pra majlis perkahwinan anak sulung yer.
majlis tu pun sempena azfar selamat bersunat minggu lepas.
lawak gak nengok budak azfar tu masa berpantang
yer la bebudak kecik (darjah tiga taun depan) la kata kan..
ngeri tengok dier ngan selamba nyer duduk atas buaian...
ish... x takut bentan ker
aper pun sumer da berlalu, so skang azfar bukan budak kecik lagi tau ;)

resepi blueberry ni saya dapat dari buku bicara kek oleh wendy kor.


blueberry cheese cake
bahan2
  • a) 350 gm keju krim
  • a) 80 gm mentega
  • b) 180 gm krim putar
  • b) 4 biji kuning telur
  • c) 15 gm tepung paling halus
  • c) 15 gm tepung jagung
  • d) 4 biji putih telur
  • d) 80 gm gula
  • d) 1/4 sudu teh krim tartar

hiasan

  • 200 gm krim segar bukan susu
  • 250 gm intipai beri biru

cara2

  1. campur bahan a dan gaul hingga sekata. tambahkan bahan b perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. kacau hingga sebati
  2. ayak bahan c dan campurkan ke dalam bancuhan diatas. bancuhkan sehingga sekata. ketepikan dahulu
  3. pukul putih , krim tartar dan gula hingga naik dan kembang
  4. masukkan 3 kedalam 2. gunakan spatula untuk gaul hingga sebati
  5. tuangkan bancuhan kedalam acuan kek yg telah diisi dengan dasar biskut. bakar kukus dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celsius selama 60 hingga 70 minit.

bahan untuk dasar biskut

  • 100 gm serpihan biskus
  • 60 gm mentega cair

cara2 membuat dasar biskut

  1. hancurkan serpihan biskut. campurkan mentega cair. gaul sebati
  2. tuang bancuhan kedalam acuan kek dan tekan sekata.

No comments: