sumber dr rnet
Apa dia royal aising (Ising Kerabat di Raja)
Apa dia royal aising (Ising Kerabat di Raja)
- ia dibuat dari gula icing, telur putih, cream of tartar atau perahan lemon. Banyak resipi di internet yang boleh digunakan. Selalunya dipasangkan dengan kek yang dibuat dari fondant. Dikenali juga free fat icing sebab tak guna butter atau lemak sayuran yang lain. Untuk kaedah wilton - menggunakan merigue powder "serbuk telur putih" yang telah dicampurkan dengan cream of tartar, gula icing & 5 sudu besar air suam. Bancuhannya menggunakan "K" beater . merigue powder+gula icing dicampur, letak air sedikit demi dan harus faham akan konsistensi royal icing yang diperlukan. Selepas dibentuk bunga, royal icing ini akan mengeras dengan sendirinya. Royal icing haruslah ditutup menggunakan kain basah supaya tidak mengering sebelum sempat di bentuk.
Apa beza ngan buttercream
Bezanya dengan buttercream - hanya campuran lemak seperti krimwell, mentega atau shortening. Ia juga boleh dicampur dengan gula icing, golden syrup, condensed milk. ada juga dicampur dengan syrup glucose.
Mcm mana cara nak buatnya
Royal icing - 3 sudu besar merigue powder
454 gram gula icing
5 sudu besar air suam (letak sedikit2, bagi tujuan untuk pastikan consistency icing)
pukul pakai k beater, sederhana laju sehingga adunan berkilat. Then, bolehlah dibentuk menjadi bunga. Harap Membantu!
No comments:
Post a Comment