para pembaca, terima kasih....

Monday, December 21, 2009

ciffon cake

Ciffon cake…


Kalau bercakap tentang ciffon cake aper yg terbayang difikiran anda….. jarang orang bertanyer kan resepi ciffon cake. Tp pada pendapat peribadi saya, saya lebih gemar ciffon cake. Tekstur nyer yang lembut tapi tegar akan2 struktur kek span. Tetapi menggunakan teknik yang berbeza. Pasti nya ciffon cake mampu memikat selera anda dengan keunikan nya yg tersendiri… x percaya aper kata anda cuba resepi ciffon cake yg saya lampirkan….


Ciffon cake memerlukan kiter memukul adunan putih telur sehingga kembang. Sewaktu saya masih kecil (kira2 12 taun) saya x dapat membayangkan bagaimana kiter nak memukul putih telur sehingga kembang. Pasti lenguh tangan. Maklumlah rumah saya dulu xder mixer elektrik… bertambah pelik pabila resepi tersebut menyebut pukul putih telur sehingga apabila ditebalik kan adunan tidak jatuh.. huhu…. Begitu payah sekali membuat kek ciffon… hihihi terima kasih pada mixer elektrik ku yg banyak berjasa….


Putih telur dan kuning telur perlu diasingkan… jadi, telur yg digunakan harus la segar… bagaimana kiter nak tau yg telur yg kiter beli tu segar? Ya! Jgn risau disini saya cerita kan bagaimana mahu mengenal pasti telur yg segar…


Telur yang segar ialah:


1- Permukaan telur (kulit telur daaa) agak berabuk (bertepung atau berdebu) tp bukan berdebu sebab da berkapuk yer…
2- Kulit telur tidak berkilat
3- Apabila kiter lihat pada cahaya lampu, tidak kelihatan lubang2 kecil…
4- Dan yg paling penting telur yg segar mudah diasingkan kuning telur dgn putih telur nyer…


Selain itu, pembuatan ciffon kek memerlukan putih telur dipukul dengan cream tartar. Apa fungsi cream tartar? Cream tartar berfungsi sebagai bahan untuk menstabilkan putih telur.

No comments: