para pembaca, terima kasih....

Tuesday, December 15, 2009

mari kenali kek anda - butter cake

Butter cake….
Butter cake adalah kek paling basic (asas) bagi semua jenis kek yang ada pada ari nih. Tapi apakah itu butter cake? Butter cake adalah pound cake. Mengapa ianyer dipanggil pound cake? Ianyer di panggil pound cake kerana kek tersebut menggunakan asas (percentage) bg sumer bahan2 nyer.
Bahan asas bg pound cake ialah:
a) Tepung
b) Gula
c) Mentega
d) Telur

Pertama kiter kena kenali jenis bahan asas tersebut. Bahan yg mana berasaskan kering dan yg mana basah.
Bahan2 yang basah ialah:
a) Mentega
b) Telur
Bahan yg kering pula ialah :
a) Tepung
b) Gula


Bg mengandaikan 250 grams sebagai kayu pengukur, kiter boleh mencipta pelbagai jenis pound cake ikut citarasa kiter. Sama ada kiter gemar kek yg basah atau yg kering. Kek yg tahan lama atau tidak semua yer terletak kepada kepandaian kiter mengolah bahan yg bersesuaian…
Baiklah….
Sekarang kiter sudah boleh mencipta satu resepi pound cake yg tersendiri…

1- Tepung
Terdapat 3 jenis tepung yang biasa digunakan dalam pembuatan kek

a) High protein
-tepung yg sesuai untuk membuat roti kerana kandungan protein yg tinggi
- tekstur yg lebih berat, sedikit gelap dan agak lembab

b) Low protein ( superfine)
-tepung yg sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek
-tekstur yg lebih ringan, sangat cerah dan lebih kering

c) Medium protein
-tepung yang sesuai untuk semua jenis kuih-muih, roti canai, kek, roti dan pelbagai jenis makanan yang lain. (tepung gandum biasa dipasaran)
-tekturnya sederhana dan tidak gelap
Untuk mendapatkan kek yang lembut, penggunaan tepung jenis superfine amat digalakkan. Tetapi tepung ini boleh digantikan dengan tepung gandum biasa (medium protein). Soda bikardonat dan serbuk penaik juga termasuk dalam bahagian tepung.

2- Gula
Kandungan gula yg banyak boleh mengakibatkan kek menjadi terlalu kering.
Tetapi kek yg mengandungi kandungan tinggi gula lebih tahan lama berbanding kek yg kurang kandugan gulanya.
Gula juga boleh digantikan dengan bahan2 lain seperti:

a) Corn syrup
b) Honey (madu)
c) Gula perang

3- Mentega
Mentega juga boleh digantikan dengan:

a) Marjerin
b) Mentega
c) Ovellete
- Fungsi ovellet adalah sebagai pengikat antara bahan telur, mentega dan tepung
- Untuk mensebatikan adunan kek
- Adunan cepat kembang
- Kek lebih lembut
- Kek lebih tahan lama

4- Telur
Terdapat pelbagai jenis dan saiz telur yg terdapat dipasaran
Sebiji telur jenis A mempunyai berat lebih kurang 60 gram
Manakala jenis B hanya 50 gram
Dan jenis C hanya 40 gram
Kiter digalakkan memecahkan atau gaul sebati telur (kuning telur + putih telur) terlebih dahulu.
Ini kerana bancuhan telur juga berfungsi sebagai emulsifier (mengimbangi kandungan minyak + air) dalam kek.
Kiter juga boleh mengantikan penggunaan telur dengan:

a) Susu
Kiter juga boleh mengantikan susu segar dengan susu cair atau susu penuh krim
b) Air
c) Kuning telur
d) Putih telur
e) Esen vanilla


Flour method vs sugar method

Apa itu flour method? Dan perbezaan dengan sugar method?
Flour method memerlukan kiter mengadunkan mentega, gula dan tepung sebelum memasukkan telur. Dan akhir sekali kiter masukkan susu sedikit demi sedikit.
Manakala sugar method pula membolehkan kiter mengadun mentega dan gula kemudian barulah masukkan telur, susu dan akhir sekali tepung berselang-seli dengan susu.
Kedua-dua cara ini akan menjadikan adunan kek yg sama lembut dan sedap. Cuma flour method tidak banyak digunakan kerana ramai lebih menggemari sugar method.
Yang penting pastikan adunan kek kiter tidak pecah minyak (kelihatan seperti adunan mentega dan air tidak sebati) ini akan mengakibatkan kek mudah berderai apabila di potong dan kek akan terasa kurang lembab….



p/s: nanti kan resepi kek mentega di post akan datang...

No comments: