para pembaca, terima kasih....

Thursday, December 17, 2009

recipe marble cake






Marble cake (flour method)




Bahan2


bahan A
  1. Mentega 120 gm
  2. Marjerin 100 gm
  3. Gula Halus 280 gm
  4. Emulsifier (Ovellete) 8 gm
  5. Superfine flour 280 gm
  6. Serbuk Penaik 2 gm
bahan B
  1. Telur 240 gm (4 butir)
  2. Vanilla 1 tsp
bahan C
  1. Susu 60 gm
bahan D
  1. Serbuk Koko 15 gm
  2. Soda Bikardonat 1 gm
  3. Air 30 gm
bahan E
  1. Badam Keping 50 gm
bahan F
  1. Coklat Emulco 1 tbsp




Cara2 membuat

1. Pukul Bahan A sehingga kembang
2. Masukkan B, sedikit demi sedikit
3. Campur kan bahan C dan gaul sebati
4. Untuk adunan coklat, bahagi dua dan campur dengan D
5. Masukkan F kacau sebati
6. Tuang adunan ke dalam tin kek yg telah di gris kan
7. Hias dengan badam keping
8. Bakar dengan suhu 170-1800C selama 40-45 minit


** cara saya:

1. Pukul mentega, marjerin, ovellete dan gula satu persatu sehingga sebati dan bertukar menjadi pucat. Sentiasa gaul sebati sebatian bg memastikan adunan kembang serata. Pukul dengan kelajuan perlahan selama 5 minit. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yg diayak bersama. Fungsi tepung diayak sebelum digunakan ialah bg mengasingkan bahan asing dan yg paling penting kiter memasukkan elemen angin kedalam tepung (tepung menjadi ringan). Pukul selama 10 minit dengan kelajuan sedehana. Pastikan adunan tepung sering di gaul sebati agar adunan kek menjadi serata.

2. Bancuh telur (seperti adunan telur dadar) kemudian masukkan kedalam adunan sedikit demi sedikit. Gaul sebati selama 2 minit

3. Masukkan vanilla dan susu sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi berkrim

4. Bancuhkan serbuk koko dan soda bicarbonate menggunakan air panas. Ini untuk memudahkan bancuhan koko sebati. Bahagi dua adunan vanilla dan kacau sebati dengan bancuhan koko td tambahkan coklat emulco adun sebati.

5. Tuang adunan vanilla dan koko berselang seli bg menampakkan corak marble

6. Hiaskan dengan badam keping / almond nibs

7. Bakar dengan suhu 170-180 0C selama 40-45 minit mengikut acuan yg digunakan. Lebih kecil acuan digunakan lebih cepat proses membakar.









No comments: